Munajat Para Pecinta Allah

Munajat Para Pecinta Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

(1) Ilahi
Apakah orang yang t’lah mencicipi manisnya cinta-Mu
akan menginginkan pengganti selain-Mu
Apakah orang yang t’lah bersanding di samping-Mu
akan mencari penukar selain-Mu

(2) Ilahi
Jadikan kami di antara orang yang Kaupilih
untuk pendamping dan kekasih-Mu
yang Kauikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasih-Mu
yang Kaurindukan untuk datang menemui-Mu
yang Kauridhakan (hatinya) untuk menerima qadha-Mu
yang Kauanugerahkan (kebahagiaan) melihat wajah-Mu
yang Kaulimpahkan keridhaan-Mu
yang Kaulindungi dari pengusiran dan kebencian-Mu
yang Kaupersiapkan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
yang Kauistimewakan dengan makrifat-Mu
yang Kauarahkan untuk mengabdi-Mu
yang Kautenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
yang Kaupilih untuk menyaksikan- Mu
yang Kaukosongkan dirinya untuk-Mu
yang Kaubersihkan hatinya untuk (diisi) cinta-Mu
yang Kaubangkitkan hasratnya akan karunia-Mu
yang Kauilhamkan padanya mengingat-Mu
yang Kaudorong padanya mensyukuri-Mu
yang Kausibukkan dengan ketaatan-Mu
yang Kaujadikan dari makhluk-Mu yang saleh
yang Kaupilih untuk bermunajat pada-Mu
yang Kauputuskan daripadanya segala sesuatu
yang memutuskan hubungan dengan-Mu

(3) Ya Allah
Jadikan kami di antara orang-orang yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukan-Mu
nasibnya hanya merintih dan menangis
dahi-dahi mereka sujud karena kebesaran-Mu
mata-mata mereka terjaga dalam mengabdi-Mu
air mata mereka mengalir karena takut pads-Mu
hati-hati mereka terikat pada cinta-Mu
Kalbu-kalbu mereka terpesona dengan kehebatan-Mu
Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para
pen¬cinta-Nya
Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada pengenal-Nya
Wahai Kejaran Kalbu para perindu
Wahai Tujuan Cita para pecinta

Aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu
dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu
Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu
kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu
Anugerahkan padaku memandang-Mu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih dan sayang
Jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan karunia-Mu
Wahai Pemberi Ijabah, ya Arhamar-Rahimin

Munajat ini adalah munajat Imam Ali Zainal Abidin (sa), cucu
Rasulullah saw.
(As-Shahifah As-Sajjadiyah, Munajat ke 9: 296)

Tek arab dan bacaan tek latin munajat ini dapat dikopi dari
milis “Keluarga bahagia” atau milis “shalat doa” berikut ini.

Wassalam
Syamsuri Rifai

Advertisements

Comments (2) »

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

“Tak pe ustaz kan, pandangan pertama
tak berdosakan, cuma kami pandang lama
je la ?” tanya seorang pemuda berumur
35 tahun kepada saya sambil tersenyum-
senyum selepas dia merenung wanita
berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat
menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari
sikap sebahagian umat Islam hari ini
mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua
kepada aurat ini diriwayat dalam
beberapa buah hadith, antaranya
hadith :

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:
Saya bertanya kepada Rasulullah s. a.
w. tentang melihat (aurat wanita)
secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka
jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu
itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud
dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu
ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada
Ali KW :

Ertinya : “Jangan kamu ikuti satu
pandangan dengan pandangan yang lain,
kerana yang pertama bagimu (
diampunkan) dan tidak bagi yang kedua”
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :
Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis
Malaysia yang sanggup menggunakan
lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah’
dan ‘InshaAllah’ serta ‘Allahu Akbar’
dalam lakonan lawak mereka sambil
sengaja disebut dalam bentuk yang
melucukan. Ini amat jelas
memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia
amat kerap dilakukan oleh satu
kumpulan pelawak Malaysia yang
terkenal. Moga mereka diberikan
hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan
alhamdulillah bagi seorang artis yang
berpakaian separuh bogel dikhalayak
umum apabila berjaya meraih sesuatu
anugerah di media. Atas nama seni
dirasakan tindakannya halal. Pada
hakikatnya jika lakonannya itu penuh
dengan adegan ‘peluk sana sini’
dan ‘dedah sana sini’, maka di ketika
itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia
yang diiktiraf Islam. Ia adalah
seni ‘fasad’ yang berdosa dan tidak
layak diraikan dengan ungkapan mulia
Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas
pentas dan melafazkan ucapan
sedemikian adalah satu bentuk
mempermainkan hukum dan lafaz Islam di
tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-
olah seorang yang ingin merompak
membaca ‘Bismilah’ ketika memulakan
rompakannya dan
mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila
berjaya terlepas dari kejaran polis,
atau menyebut ‘Alhamdulillah’ di dalam
tandas, atau seperti seorang peminum
arak mengucapkan “alhamdulillah”
apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini
menambahkan lagi dosa si pelaku
terbabit disebabkan wujud unsur
penghinaan samada secara langsung atau
tidak langsung kepada hukum serta
lafaz mulia Islam. Walaupun mereka
tidak langsung berniat untuk menghina
lafaz mulia itu.

Apabila ia adalah sebuah hukum atau
ucapan zikrullah, maka adalah tidak
harus sama sekali sesiapa juga
mempermainkan atau menyebutnya di
tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW
bersabda :-

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba
yang bercakap sesuatu kalimah atau
ayat tanpa mengetahui implikasi dan
hukum percakapannya, maka kalimah itu
boleh mencampakkannya di dalam Neraka
sejauh antara timur dan barat” (
Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,
Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan
bahawa erti hadith ini adalah seorang
yang bercakap tanpa jelas maksud
ayatnya sehingga menjadikan ia boleh
membawa maksud yang pelbagai sehingga
sebahagiannya boleh mencarikkan
sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat
Lebih Besar Dosa

“Amat memalukan la ustaz, saya baru
jumpa satu video yang tunjukkan
pasangan melayu ditangkap di tasik-
tasik dan tempat awam tengah
bercumbuan, apa pandangan ustaz,
hampir 95 % darinya bertudung jenis
tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?”
tanya seorang pendengar kuliah saya
sejurus selepas kuliah saya berkenaan
aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda
ini menghantar email kepada saya
beserta satu petikan video yang
dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata
Illa Billah.. wa Inna lillahi wa inna
ilaihi rajiun.. memang amat
mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis
seperti ‘kepeningan’ dan ‘kebingungan’
dengan persekitaran ini dengan katanya

“Boleh tak agaknya saya buat
kesimpulan bahawa hampir semua wanita
yang bertudung pendek atau fesyen,
dengan kain belah atau baju sempit
atau baju kurung biasa, semua ni jenis
yang ‘murah’ dan boleh diajak seks
bebas dengan mudah hari ni, apa
pandangan ustaz?” Mengurut dada saya
mendengar kesimpulan pemuda berpakaian
kemas dan bekerjaya profesional ini.
Sudah tentu amat marah para wanita
dengan kesimpulan si pemuda ini.

“Saya hanya masih percaya dengan
wanita yang berjubah dan bertudung
labuh sahaja sekarang ini ustaz,
harapnya mereka dapat pertahan maruah
dan kesucian mereka serta tak jadi
macam si pemakai tudung pendek yang
terbukti tiada banyak beza dengan free
hair” katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan
pendiriannya barulah saya memberikan
penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun
saya belum berhasrat menyebutnya di
ruangan ini, cukuplah saya dedahkan
betapa kecewanya pemuda profesional
ini dengan apa yang berlaku di hadapan
matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung
kembalikan maruah anda dengan tutupan
aurat yang sebenarnya, akhlak wanita
Islam yang sebenarnya, janganlah
merosakkan imej Islam itu dengan
maksiat yang amat dimurkai Allah SWT.
Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat
amat sementara, carilah kenikmatan
akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita
bertudung yang melakukan maksiat,
dosanya sudah tentu lebih hebat dari
wanita yang tidak bertudung yang
melakukan maksiat. Hal ini boleh
difahami dari ayat seperti :-

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi,
barangsiapa di antaramu yang melakukan
maksiat dengan jelas, maka di gandakan
azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab:
59)

Memang benar ayat ini ditujukan khas
buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan
kemulian dan kedudukan mereka yang
sangat mulia, bagaimanapun ayat ini
sebenarnya menggariskan bahawa setiap
kali bergandanya kemuliaan, maka
bergandalah dosanya (jika melakukan
maksiat), demikian hukuman ke atas
wanita bebas lebih berat dari wanita
hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan
sebabnya adalah kerana bertambahnya
mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW
(Al-Jami’ Li Ahkam AL-Quran ; AL-
Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit
pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung
yang telah menaik tarafkan
kedudukannya dengan kemuliaan Islam,
tetapi kemudiannya melakukan maksiat.
Maka jika bersandarkan kaedah di atas,
jelaslah dosa mereka bertambah besar
kerana maksiat itu sendiri dan
merosakkan imej Islam secara jelas.
Bertawbatlah. Demikian juga halnya
maksiat (termasuk pelaburan internet
yang disepakati haram secara sepakat
ulama dunia dan Malaysia) yang
dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh
lebih besar dosanya dari dosa oleh
lelaki biasa di sebabkan imej dan
kedudukan yang dibawanya.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman

28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428
H)

Comments (4) »

Membina Tamadun: Belajarlah dari Firaun!

Membina Tamadun: Belajarlah dari Firaun!
Posted on Wednesday, February 13 @ 16:39:08 MYT by SongkokPutih
Tazkirah Oleh madihah_solehah

dari: http://www.tamanilmu. com


Dalam sejarah manusia, banyak tamadun yang lahir. Di antara tamadun yang pernah wujud dan kesannya boleh dilihat sampai sekarang ialah tamadun Mesir kuno. Wujudnya piramid di padang pasir dengan begitu gah menjadi salah satu tarikan pelancong ke Mesir dan menjadi identiti penting negara tersebut. Kehebatan pembinaan piramid menjadi satu misteri hingga sekarang. Namun yang pasti, pembinaan tersebut tentulah memakan tenaga manusia yang tidak sedikit. Tidak mustahil jutaan tenaga rakyat telah digunakan untuk membina piramid –piramid itu.


Di antara pemerintah Mesir kuno pula ialah raja-raja yang digelar sebagai Firaun. Allah mengabadikan kisah Nabi Musa yang berdepan dengan Firaun di zamannya di dalam al-Quran. Ia adalah di antara kisah panjang seorang Nabi berhadapan dengan seorang pemerintah. Firaun menjadi simbol sebuah kezaliman. Bukan sahaja kezaliman mengaku sebagai tuhan, juga kezaliman akta-aktanya yang membunuh anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan dan memperhambakan Bani Israel.


Firaun membangunkan negerinya. Banyak projek pembangunan yang dilaksanakannya. Ia berbangga dengan segala projek yang dibuatnya. Papantanda ‘Ini adalah satu lagi projek kerajaan Firaun’ diletakkan di merata tempat. Piramid juga dibina di atas keringat, darah dan airmata rakyatnya. Allah menyebut di dalam al-Quran, maksudnya:
“ Wahai kaumku! Bukankah aku yang memerintah Mesir dan sungai-sungai ini mengalir di bawah kekuasaanku. Tidakkah kamu lihat?” az-Zukhruf : 51


Kesan projek pembangunan Mesir kuno oleh Firaun kekal sehingga sekarang. Tetapi adakah projek pembangunan itu berdasarkan Aqidah yang benar? Atau taqwa yang ada dalam diri? Atau manfaatnya untuk rakyat terbanyak?


Projek pembangunan yang dibuat bukan atas dasar taqwa, bukan untuk rakyat terbanyak, bukan bukan tetapi pembangunan berlaku di atas kezaliman terhadap Allah dan makhluk. Kezaliman terhadap Allah kerana tidak mahu beriman dengan Allah dan Nabi Musa. Allah berfirman, maksudnya: “ Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku) . Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. Dan janganlah kamu berlaku sombong takabbur terhadap Allah. Sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.” Ad-Dukhan: 18-19


Kezaliman terhadap makhluk kerana penindasan yang berlaku terhadap rakyatnya. Allah berfirman, maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israel dari azab yang menghina dari penindasan Firaun. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takabbur lagi terbilang dari orang yang melampaui baatas (dalam keganasan dan kekejamannya) .” Ad-Dukhan:30- 31

Leave a comment »

KATA-KATA HIKMAH

1. Siapa yang berwudhu saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
> berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat
> tidur dalam keadaan berwuduk.
> 2. Siapa yang bershalawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap
> hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari
> keredhaanNya.
> 3. Siapa yang bershalawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
> daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
> 4. Bershalawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
> akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
> 5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
> bershalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan sholat fardhu.
> 6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil
> makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya
> sebagai simbolik kesopanan.
> 7. Amalkan membaca shalawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan
> dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
> menerokai pelbagai ilmu.
> 8. Siapa yang berniat mandi (untuk solat jum’at) kemudian pakai pakaian
> terbaik & wangian lalu sholat jum’at, dosanya akan diampun hingga jum’at
> berikutnya-Ahmad.
> 9. Siapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin
> ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
> 10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila
> berwudhu, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi .
> 11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
> sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apalagi jika makanan itu pemberian
> orang lain.
> 12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu
> jari telunjuk & tengah) -Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau
> 5 jari kecuali ada keperluan.
> 13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, siapa bershalawat walau sekali pada
> malam jum’at, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
> dihadapi oleh para Nabi.
> 14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah shalawat tujuh kali pada air
> dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
> 15. Perbaharui wudhu tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
> fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwudhu dalam keadaan suci, ALLAH
> catatkan 10 kebaikan baginya -Abu Dawud.
> 16. Siapa yang mengamalkan membaca shalawat tiga kali setiap lepas solat
> lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi masalah
> apapun .
> 17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah
> supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
> seketika bersama makmum.
> 18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
> behalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
> 19. Nabi tak makan sambil bersandar -Bukhari. Artinya, Baginda makan
> dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
> kenyang & mudahkan penghadaman.
> 20. Menurut Syihab Ahmad, siapa bershalawat tiga kali tiap selesai solat
> subuh, Maghrib dan Ishya, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang
> bencana.
> 21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
> Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan
> dengan hidung
>
> M. Ferial Akmal –> SMAN 3 Jkt Kls I-1 1975

Comments (5) »

Secebis Kisah Kenikmatan di dalam Syurga

Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;

1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta’malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi’at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu’dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana’a. Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za’faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za’faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za’faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata.”

Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya.”

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Bagi mereka yang menduduki syurga ‘Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Wallahu’alam.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan segala kejadian..

Comments (28) »

Tips Menghalau Jindan Manusia Jahat

Dari pengalaman saya sendiri, apabila terkena gangguan jin/syaitan yg
masuk dalam badan, cuba baca surah 3 Qul seberapa kerap yang boleh dan
tiup ke dada sendiri supaya gangguan akan reda atau hilang terus. Jika
dilakukan dengan yakin, saya rasa tidak ada jin/syaitan yang tahan duduk
dalam orang yang buat macam ni…

>>> “shimaderus” 03/02/2008 19:59 >>>
Salam,
Baru2 ini belajar tafsiran surah mu’awwidzah ini – dari perspektif
yang lain; namun amat menakjubkan!

Jika di kaji, di dalam Surah Al-Falaq disebutkan sifat Allah hanya
sekali i.e. Al-Falaq dan kita memohon perlindungan Allah dari 4
perkara iaitu dari
1. kejahatan makhluk2 yg Allah ciptakan,
2. kejahatan malam apabila telah gelap gulita
3. kejahatan tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
4. dan dari kejahatan pendengki/enghasad

Kejahatan2 ini bersifat fizikal

Manakala di dalam Surah An Naas, disebut 3 sifat Allah (Robb – Tuhan,
Malik – Raja, Ilah – Sembahan manusia) utk 1 perlindungan iaitu Dari
kejahatan (bisikan) syaitan

Kejahatan bisikan syaitan itu berbentuk spiritual – boleh menjejaskan
aqidah dan iman. Ini lebih utama – sebab tu kita seru 3 sifat Allah.

Apabila dibacakan kedua2 surah ini, perlindungan yang dipohon dari
Allah merangkumi kedua2nya i.e. fizikal dan spiritual.

Sekadar sharing knowlegde. Wallahua’lam.
— In hidayahnet@yahoogro ups.com, Abu Heakal wrote:
>
>
>
> Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w.
dahulunya selalu berta’awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari
gangguan jin dan “mata manusia”, sehingga turunlah dua surat
mu’awwidzah (iaitu surat-surat Qul a’udzu birabbil falaq dan Qul
a’udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau
s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan
yang lain-lainnya. ”
>
> Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
>

DISCLAIMER:

Comments (1) »

IKHTILAF FIQHI: ANALISIS RETROSPEKTIF TERHADAP FAKTOR PENCETUS

http://jailurrashie d.blogspot. com/
http://jailurrashie d.blogspot. com/
http://jailurrashie d.blogspot. com/
Petikan Jurnal Feqh Universiti Malaya
 
IKHTILAF FIQHI DI KALANGAN ALIRAN SYAFI`IYYAH DAN SALAFIYYAH[1] DI MALAYSIA : ANALISIS RETROSPEKTIF TERHADAP FAKTOR PENCETUS
 
Oleh:
Saadan Man  & Abdul Karim Ali
 
          Dalam perkara berkaitan ibadat, terdapat puluhan malah ratusan permasalahan yang sering menjadi polemik antara dua aliran ini. Ini termasuklah yang berkaitan dengan ibadat-badat yang menjadi rukun-rukun Islam mahupun ibadat-ibadat wajib dan sunat yang lain. Namun demikian, perlu diperjelaskan bahawa perkara-perkara yang berlaku ikhtilaf ini bukanlah menyentuh tentang persoalan-persoalan yang bersifat dasar (usul), sebaliknya perkara yang diperdebatkan itu hanyalah bersifat cabang (furu`). Antara contoh perkara-perkara yang menjadi subjek ikhtilaf antara mereka ialah seperti berikut:
i.                    Persoalan berhubung penentuan air musta`mal dan hukumnya
ii.                   Masalah cara dan kadar basuhan atau sapuan ketika berwuduk
iii.                 Amalan memukul beduk atau tabuh dan melakukan bacaan-bacaan tertentu yang mengiringi azan.
iv.                Melafazkan niat dalam ibadah, sama ada dibolehkah atau tidak
v.                 Membaca bismillah secara nyaring dalam solat-solat nyaring.
vi.                Persoalan membaca qunut dalam solat Subuh
vii.              Lafaz sayyidina dalam tasyahhud
viii.             Wirid berjamaah dengan suara nyaring selepas solat jamaah
ix.                Melakukan azan dua kali sebelum solat Jumaat
x.                 Sembahyang sunat qabliyyah selepas azan pertama
xi.                Bacaan-bacaan oleh bilal yang mengiringi khutbah
xii.              Khatib memegang tongkat ketika khutbah
xiii.             Bilangan 40 orang jamaah bagi solat Jumaat
xiv.           Bilangan rakaat sembahyang tarawih dan zikir-zikir yang mengiringinya
xv.             Talkin selepas pengkebumian
xvi.           Adat menunggu kubur dan mengupah bacaan al-Quran di atasnya
xvii.          Upacara Tahlil
xviii.        Menghadiahkan pahala bacaan Quran dan Tahlil kepada si mati
xix.           Mengadakan kenduri arwah
xx.             Melakukan ibadat-ibadat bagi pihak si mati dan cara membayar fidyah sebagai ganti sembahyang yang ditinggalkan oleh beliau.
          Jika dilihat sekali imbas, boleh dikatakan bahawa konflik yang berlaku di antara dua pihak dalam perkara-perkara tersebut hampir menyerupai ikhtilaf para fuqaha’ silam. Bagaimanapun terdapat perbezaan ketara antara keduanya dari aspek-aspek yang berhubung dengan metodologi, otoriti dan etika.  Ikhtilaf di kalangan fuqaha’ terutamanya imam-imam mazhab berlaku ekoran perbezaan metodologi dan kaedah penerimaan dan pentafsiran nas, sebaliknya konflik Syafi`iyyah dan Salafiyyah lebih menjurus ke arah otoriti dan kaedah pengambilan pandangan fuqaha’ serta faktor masyarakat. Ikhtilaf para fuqaha’ silam dihiasi dengan adab dan etika, manakala konflik antara Syafi`iyyah dan Salafiyyah sering dibelenggu oleh emosi dan sentimen kepuakan. Akibatnya ikhtilaf fiqhi yang sepatutnya dianggap lumrah dan boleh menjana perkembangan fiqh telah menjadi sesuatu yang memberikan implikasi negatif kepada ummah.
 


[1] Istilah Syafi`iyyah dan Salafiyyah yang digunakan dalam penulisan ini adalah satu dikotomi yang mengambarkan dua aliran pemikiran yang saling bertentangan di Malaysia , iaitu tradisionalisme dan reformisme. Istilah Syafi`iyyah merujuk adalah aliran tradisional yang mendukung pemikiran khalaf dalam teologi dan berpegang teguh dengan mazhab Syafi`i dalam pemikiran fiqh. Manakala Salafiyyah pula adalah merujuk kepada aliran pembaharuan reformisme atau islah yang mendukung pemikiran salaf dalam teologi dan tidak terikat kepada mazhab tertentu dalam pemikiran fiqh.

Leave a comment »