Membina Tamadun: Belajarlah dari Firaun!

Membina Tamadun: Belajarlah dari Firaun!
Posted on Wednesday, February 13 @ 16:39:08 MYT by SongkokPutih
Tazkirah Oleh madihah_solehah

dari: http://www.tamanilmu. com


Dalam sejarah manusia, banyak tamadun yang lahir. Di antara tamadun yang pernah wujud dan kesannya boleh dilihat sampai sekarang ialah tamadun Mesir kuno. Wujudnya piramid di padang pasir dengan begitu gah menjadi salah satu tarikan pelancong ke Mesir dan menjadi identiti penting negara tersebut. Kehebatan pembinaan piramid menjadi satu misteri hingga sekarang. Namun yang pasti, pembinaan tersebut tentulah memakan tenaga manusia yang tidak sedikit. Tidak mustahil jutaan tenaga rakyat telah digunakan untuk membina piramid –piramid itu.


Di antara pemerintah Mesir kuno pula ialah raja-raja yang digelar sebagai Firaun. Allah mengabadikan kisah Nabi Musa yang berdepan dengan Firaun di zamannya di dalam al-Quran. Ia adalah di antara kisah panjang seorang Nabi berhadapan dengan seorang pemerintah. Firaun menjadi simbol sebuah kezaliman. Bukan sahaja kezaliman mengaku sebagai tuhan, juga kezaliman akta-aktanya yang membunuh anak lelaki dan membiarkan hidup anak perempuan dan memperhambakan Bani Israel.


Firaun membangunkan negerinya. Banyak projek pembangunan yang dilaksanakannya. Ia berbangga dengan segala projek yang dibuatnya. Papantanda ‘Ini adalah satu lagi projek kerajaan Firaun’ diletakkan di merata tempat. Piramid juga dibina di atas keringat, darah dan airmata rakyatnya. Allah menyebut di dalam al-Quran, maksudnya:
“ Wahai kaumku! Bukankah aku yang memerintah Mesir dan sungai-sungai ini mengalir di bawah kekuasaanku. Tidakkah kamu lihat?” az-Zukhruf : 51


Kesan projek pembangunan Mesir kuno oleh Firaun kekal sehingga sekarang. Tetapi adakah projek pembangunan itu berdasarkan Aqidah yang benar? Atau taqwa yang ada dalam diri? Atau manfaatnya untuk rakyat terbanyak?


Projek pembangunan yang dibuat bukan atas dasar taqwa, bukan untuk rakyat terbanyak, bukan bukan tetapi pembangunan berlaku di atas kezaliman terhadap Allah dan makhluk. Kezaliman terhadap Allah kerana tidak mahu beriman dengan Allah dan Nabi Musa. Allah berfirman, maksudnya: “ Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku) . Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. Dan janganlah kamu berlaku sombong takabbur terhadap Allah. Sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.” Ad-Dukhan: 18-19


Kezaliman terhadap makhluk kerana penindasan yang berlaku terhadap rakyatnya. Allah berfirman, maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israel dari azab yang menghina dari penindasan Firaun. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takabbur lagi terbilang dari orang yang melampaui baatas (dalam keganasan dan kekejamannya) .” Ad-Dukhan:30- 31

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: