Dari pengalaman saya sendiri, apabila terkena gangguan jin/syaitan yg
masuk dalam badan, cuba baca surah 3 Qul seberapa kerap yang boleh dan
tiup ke dada sendiri supaya gangguan akan reda atau hilang terus. Jika
dilakukan dengan yakin, saya rasa tidak ada jin/syaitan yang tahan duduk
dalam orang yang buat macam ni…
>>> “shimaderus” 03/02/2008 19:59 >>>
Salam,
Baru2 ini belajar tafsiran surah mu’awwidzah ini – dari perspektif
yang lain; namun amat menakjubkan!
Jika di kaji, di dalam Surah Al-Falaq disebutkan sifat Allah hanya
sekali i.e. Al-Falaq dan kita memohon perlindungan Allah dari 4
perkara iaitu dari
1. kejahatan makhluk2 yg Allah ciptakan,
2. kejahatan malam apabila telah gelap gulita
3. kejahatan tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
4. dan dari kejahatan pendengki/enghasad
Kejahatan2 ini bersifat fizikal
Manakala di dalam Surah An Naas, disebut 3 sifat Allah (Robb – Tuhan,
Malik – Raja, Ilah – Sembahan manusia) utk 1 perlindungan iaitu Dari
kejahatan (bisikan) syaitan
Kejahatan bisikan syaitan itu berbentuk spiritual – boleh menjejaskan
aqidah dan iman. Ini lebih utama – sebab tu kita seru 3 sifat Allah.
Apabila dibacakan kedua2 surah ini, perlindungan yang dipohon dari
Allah merangkumi kedua2nya i.e. fizikal dan spiritual.
Sekadar sharing knowlegde. Wallahua’lam.
— In hidayahnet@yahoogro ups.com, Abu Heakal wrote:
>
>
>
> Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w.
dahulunya selalu berta’awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari
gangguan jin dan “mata manusia”, sehingga turunlah dua surat
mu’awwidzah (iaitu surat-surat Qul a’udzu birabbil falaq dan Qul
a’udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau
s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan
yang lain-lainnya. ”
>
> Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
>
DISCLAIMER:
astrie said,
Januari 25, 2009 @ 12:17 pm
assalamualaikum w.w.t
saya as3 dri labuan…baru baru ini saya dan rakan sebilik telah d ganggu oleh makhluk halus, adakah itu hanya perasaan saya @ tidak, tapi saya tak pernah alami ketakutan yang sedemikian, bulu roma saya tetiba naik dan saya rasa seperi ada org yang melihat ketika saya tidur. saya sukar untuk melelapkan mata, malah belajar di waktu malam juga tidak dapat saya lakukan. saya kuat kan hati dan membaca beberapa surah dan berzikir baru lah saya berasa tenang. namun begitu saya tetap berusaha untuk mencari sumber lain bagi meghalau syaitan ini maksud saya surah2 yang lain.