Archive for Februari 12, 2008

Soalan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “

Leave a comment »

Maksud Bacaan Di Dalam Solat.

Salamun’alaik..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Semoga dapatlah dipanjangkan kepada umat Islam yang lainnya, insyaAllah saham akhirat tersedia buat kita..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Surah Al Baqarah (Ayat 277)

 

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

 

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

 

**__________ _________ _________ _________ _________ **

Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..

**__________ _________ _________ _________ _________ **


Pesan daripada:

Al Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama suami tercinta Al Ustaz Wan Akashah Wan Abd Hamid – Duta Kehormat Ana

“Bagi Anda Yang Cintakan Dunia Dakwah & Perniagaan Muslim, Kami Menjemput Anda Bersama Kami..”

Terima Qaseh,
Wassalam..

Azri Al Aziz
kanda.azri@yahoo. com 

Jemput serta jemaah kami di

Ana – Mutiara Muamalah Ummah

 

Al Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1]

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [2]

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [4]

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [5]

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. [7]

 

Al Baqarah (Ayat Kursi)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) , lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [255]

Surah An Nur (Ayat 31)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 

dan memelihara kehormatan mereka;  

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; 

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan

tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 

Surah Al Ahzab (Ayat 59)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Al Ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.[4]

 

Al Falaaq

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, [1]

“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]

“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) ; [4]

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.[5]

 

 An Naas

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. [1]

“Yang Menguasai sekalian manusia, [2]

“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]

“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]

 “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”. [6]

 Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Comments (15) »

Kahwin selepas berzina

Kahwin selepas berzina

Bersama:KAMIL MAJID
Assalamualaikum,
Soalan: Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.
Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?
– Remaja ingin tahu, Melaka.
Jawapan: Saudara, perkahwinan adalah benih kepada wujudnya masyarakat. Dunia tersusun daripada perkahwinan dan berumah tangga. Perkahwinan penuh dengan kasih sayang dan bekerjasama untuk membina kehidupan.
Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.
Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.
Pendapat ini diberikan oleh Ibnu Umar seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jilid 2. Pandangan begini dipersetujui sama oleh beberapa imam lain seperti Ahmad, Ibn Hazam, serta diperakui oleh Ibnu Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.
Imam Ahmad menambahkan satu lagi syarat iaitu boleh berkahwin apabila wanita itu habis tempoh edah. Ertinya, jika mengandung selepas dia bersalin.
Walau bagaimanapun ada mazhab yang lebih memberi kemudahan seperti mazhab Syafii, Hanafi dan Maliki yang mengharuskan perkahwinan si penzina lelaki dengan penzina perempuan, justeru perzinaan tidak menjadi halangan kepada berlakunya akad nikah.
Pendapat ini mentafsirkan maksud ayat dilarang berkahwin, bukan larangan pengharaman tetapi mencela perbuatan zina.
Namun mazhab Malik mahu supaya ada edah agar tidak bercampur nasab keturunan anak haram dengan anak halal nanti. Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Syafii yang tidak mensyaratkan soal edah itu.
Murid Abu Hanifah bernama Abu Yusuf pula tetap mahu mensyaratkan edah, iaitu selepas bersalin atas alasan jangan bercampur benih daripada perzinaan. Ada pula pendapat mengatakan boleh berkahwin, tetapi tidak boleh bersetubuh kecuali selepas bersalin anak hasil zina itu.
Walau apa pun, perbuatan zina adalah perbuatan terkutuk yang menjadi dosa besar. Allah mahukan orang Islam memakan makanan yang baik dan beristeri atau bersuami dengan pasangan yang suci.
Berdasarkan soalan saudara, sah atau tidak perkahwinan mereka yang berzina dan mengandung, ia adalah sah jika menurut mazhab Syafii seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq. Namun dengan penzina lelaki atau perempuan, tidak patut berlaku perkahwinan dengan mereka yang masih suci kerana tidak patut lelaki suci itu menjadi mangsa kepada penzina wanita dan sebaliknya wanita suci tidak patut menjadi mangsa penzina lelaki.
Penzina sama ada lelaki atau perempuan mempunyai jiwa yang sakit dan hodoh. Tidak sepatutnya melumurkan penyakit kejinya kepada pasangan yang bersih. Di dalam Islam, hukum perkahwinan adalah ingin memberikan kebahagiaan kepada manusia. Bagaimana para penzina dapat membahagiakan orang lain justeru mereka menjadi punca penyakit berbahaya? Mereka mungkin membawa HIV dan penyakit kelamin yang kronik yang akan menjangkiti pihak pasangannya yang sihat itu.
Lebih daripada itu mungkin mereka menurunkan kepada anaknya nanti akhlak yang jahat atau jasmani yang rosak dan cacat kerana pembawaan penyakit jasmani atau jiwanya.
Oleh itu, lelaki atau perempuan yang beradab dan mengikut ajaran nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh hidup senang dan bahagia bersama penzina atau mereka yang hidup menyimpang daripada ajaran murni.
Perkahwinan sepatutnya menimbulkan kasih sayang, mawadah dan rahmat. Apakah boleh muncul kesemua itu daripada pasangan yang jahat, atau fasiq. Wallahualam.
– Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mel: kamilmajid50@….


Comments (3) »

Pesanan terbaik dari seorang rakan….

[Syed, Muhammad] sekadar menyampaikan

 Pesanan terbaik dari seorang rakan….

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu,
saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau ‘pegang’ betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang
betul.
Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke
mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya
sampaikan.
 
Salam perdamaian Satria ESQ165

SYED

Comments (2) »

Mendedahkan Kejahatan

Mendedahkan Kejahatan
http://jailurrashie d.blogspot. com/

Allah SWT telah memberi amaran daripada mendedahkan perbuatan maksiat. Allah SWT juga telah menerangkan bahawa ia adalah antara sebab siksaan dan azab. Antara dalil yang menerangkan ini ialah:

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Nur, 19).

Ini adalah celaan dan ancaman terhadap sesiapa yang suka dengan penyebaran perkara keji. Justeru lebih parah lagi orang yang langsung melakukannya secara terbuka dan terang-terangan.

Firman Allah SWT: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41).

Berhubung dengan ayat ini Abu al-‘Aliyyah berkata: Sesiapa yang derhaka kepada Allah, ia telah melakukan kerosakan di muka bumi. Sebabnya ialah kebaikan di bumi dan langit ialah dengan ketaatan.

Ini sebagaimana yang dimaklumkan Allah SWT bahawa Dia tidak menyukai kerosakan. FirmanNya: “Sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (al-Baqarah, 205). Tiada syak bahawa mendedahkan perbuatan maksiat adalah adalah bencana kerosakan yang terbesar.

Firman Allah SWT: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Nisa, 148). Ertinya, hanya orang yang teraniaya yang boleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayainya.

Disebut di dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Bakar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat kemungkaran tetapi tidak mengubahnya, dibimbangi mereka turut dikenakan azab daripada Allah.” (Riwayat al-Tirmizi).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Setiap umatku mendapat kesejahteraan melainkan orang yang melakukan kejahatan secara terang-terangan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim.”

Demikianlah peraturan Allah SWT di alam semesta ini sesiapa melakukan perbuatan biadap terhadap Allah secara terang-terangan dan berbangga dengannya, pasti Allah membinasakan dan memusnahkan mereka. Orang yang merenung sejarah silam dan perjalanan golongan terdahulu akan jelas mengetahui mengenai perkara tersebut. Apakah sebab kaum Nabi Nuh ditenggelamkan? Apakah sebab kaum Ad (kaum nabi Hud) dibinasakan dengan angin ribut yang kencang? Apakah sebab kaum Thamud dibinasakan dengan disambar petir? Apakah sebab kaum Luth dibenamkan dan ditimpakan hujan batu? Apakah sebab Firaun dan tenteranya ditenggelamkan? … Tidak lain tidak bukan sebabnya ialah maksiat yang berleluasa dan ia dilakukan dengan terdedah, terang-terangan.

Justeru sesiapa yang terlanjur melakukan maksiat, kemudian ia menutupnya, tidak mendedahkannya dan tidak bermegah dengannya, maka peluang taubat masih terbuka. Ia masih boleh diharapkan untuk meninggalkan maksiat dan tidak mengulanginya.

Pada zaman Rasulullah s.‘a.w terdapat seorang telah mengaku berzina. Kemudian Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Wahai manusia, tibalah masanya untuk kamu menghentikan daripada melanggarkan batasan Allah. Sesiapa yang telah melakukan perkara yang jijik hendaklah ia menutupnya dengan perlindungan daripada Allah.”

Kata Ibn Umar: Sabda Rasulullah s.‘a.w: Allah SWT menghampiri orang beriman pada hari Qiamat lalu menaunginya dan melindunginya lalu mengatakan: “Adakah kamu tahu tentang dosa ini? Adakah kamu tahu tentang dosa itu?” Lalu orang beriman tersebut menjawab: “Ya.. saya tahu mengenainya.” Apabila ia mengakui perbuatan yang dipersoalkan itu dan merasakan dirinya akan binasa, Allah SWT mengatakan kepadanya: “Aku telah menutupnya untuk kamu di dunia, maka pada hari ini aku ampun kamu.” Kemudian diberikan lembaran catatan kebaikannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seruan kebaikan dan larangan kejahatan
(Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar. (Luqman: 17)

‘Amar ma`ruf’ dan ‘nahi mungkar’ merupakan tugas mulia yang dipikul bersama oleh orang mukmin dan Rasulullah SAW. Ia merupakan sebab-sebab yang membawa kepada kesejahteraan dan mengekalkan keutuhan serta kredibiliti umat akhir zaman. Berkaitan dengan tugas Rasulullah SAW, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji. (Al-A`raf: 157)

Berkaitan dengan tugas orang mukmin, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.
(At-Taubah: 71)

Berkaitan ayat yang menjelaskan tentang kesejahteraan dan ketinggian umat ini Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran: 110)

Berkaitan arahan suci daripada Allah ‘Azza Wa Jalla kepada orang mukmin agar melaksanakan tugas yang mulia ini dan sebagai kewajiban beragama adalah berdasarkan firman-Nya:-

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda’wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.
(Ali Imran: 104)

Rasulullah SAW telah memberi peringatan bahawa amar ma`ruf dan nahi mungkar adalah antara sebab membebaskan diri dari azab Allah ‘Azza Wa Jalla: Maksudnya: Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan, sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas (dosa bersekutu dengan kejahatan dan dari azab Allah), sesiapa yang membenci di hati (terhadap perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat). Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab: Tidak, selagimana mereka menunaikan solat lima waktu. (At-Tamhid)

Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar: Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah sepertimana Allah telah melaknati mereka itu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan dengan meninggalkan peranan amar ma`ruf dan nahi mungkar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya fitnah: Maksudnya: Daripada Huzaifah beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW ketikamanakah amar ma`ruf dan nahi mungkar ditinggalkan sedangkan ia adalah penghulu segala amalan ahli kebaikan?. Rasulullah SAW bersabda: Apabila menimpa kamu apa yang menimpa Bani Israel. Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Apakah yang telah menimpa Bani Israeil? Rasulullah menjawab: Apabila orang yang baik di kalangan kamu berpura-pura (mengampu) di hadapan orang yang jahat, orang yang tidak pandai agama bercakap tentang agama dan orang yang tidak layak memerintah memegang kuasa pemerintahan. Pada ketika itu, akan berlaku fitnah, kamu memerangi fitnah tersebut dan fitnah itu menyerang kamu. (Mu`jam Al-Awsot) (Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; 711)

Kedudukan Mereka Yang Bersikap Berkecuali (“Biarlah..”)

Kita perlu merenung sejarah silam, bagaimana peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi tugas seluruh umat berdasarkan tahap kemampuan mereka. Bagaimana umat sebelum kita diperintahkan untuk melaksanakan tugas ini yang merupakan pendorong kesejahteraan dan menjadi sebab bagi kejayaan mereka.

Bagaimana pula golongan kafir di kalangan Bani Israel dilaknat oleh Allah ‘Azza Wa Jalla melalui lidah nabi Daud dan Isa bin Maryam angkara penderhakaan dan permusuhan mereka. Bahana sikap tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan.

Islam memberi amaran keras agar kita tidak menuruti jejak langkah mereka ini. Jika tidak maka kita juga turut akan menerima kecelakaan seperti yang telah mereka alami. Manusia akan mudah melaksanakan tugas ini jika mereka tahu bahawa sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, mereka akan memperolehi ganjaran sepertimana orang yang melakukan kebaikan itu sendiri. Orang yang menyeru kepada hidayat juga mendapat ganjaran sepertimana orang yang mendapat hidayat. Dan demikian jugalah sebaliknya bagi orang yang menyeru kepada kejahatan. Mereka yang melakukan dosa juga mendapat padah seperti orang yang menyeru mereka.

Orang yang mengabaikan tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar telah menggolongkan diri mereka ke dalam kelompok manusia yang tidak mendapat perhatian dan pertolongan daripada Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan, dan supaya mereka bertaqwa. Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakah orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (Al-A’raf: 165)
Ayat ini mengisahkan tentang penduduk kota Eilah yang terletak di pantai Laut Merah, iaitu antara kota Madyan dan bukit Thur. Apabila berlaku maksiat di kalangan mereka, penduduk kota tersebut terbahagi kepada tiga golongan:-

Golongan pertama:
Mereka menyokong perlakuan maksiat tersebut.

Golongan kedua:
Mereka berusaha mencegah kemungkaran dan sentiasa memberi nasihat.

Golongan ketiga:
Tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak menyokong kebenaran dan tidak menghalang kemungkaran. Dengan kata lain mereka mengambil sikap “biarlah..”

Golongan ketiga telah berkata kepada golongan kedua: “Mengapakah kamu memberi nasihat kepada kaum yang telah Allah menentukan kebinasaan ke atas mereka dan kamu juga telah mengetahui bahawa Allah akan mengazab mereka di dunia dan akhirat.”

Golongan kedua menjawab: “Kami memberi nasihat untuk melepaskan diri kami daripada dosa tidak mencegah kemungkaran. Semoga kami mendapat pengampunan daripada Allah kerana kami telah menunaikan kewajipan. Mudah-mudahan dengan peringatan kami, mereka kembali kepada kebenaran dan melakukan kebaikan serta tidak lagi melakukan kemungkaran.

Akhirnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyelamatkan golongan kedua, manakala golongan pertama diazab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan disumpah menjadi kera. (Tafsir Al-Munir: jil 9; ms 143 & 144)

Tidak disebut di dalam ayat berkenaan balasan bagi golongan ketiga. Mereka telah mengabaikan tugas yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan tidak menyeru kepada kebaikan dan tidak menegah kemungkaran. Justeru itu, Allah ‘Azza Wa Jalla mengabaikan mereka. Maka mereka tidak berhak untuk mendapat pujian Mereka juga tidak sepatutnya dicela sebab mereka tidak melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengazab mereka dengan mengabaikan hal ehwal mereka.


Doktor Yang Sakit Mengubati Pesakit ??!!!

Tajuk ini adalah berkaitan dengan orang yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan sedangkan ia sendiri tidak beramal dengan apa yang disuarakannya, dengan itu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:- Maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal. (Al-Baqarah: 44)

Al-Imam al-Baidhowiy menegaskan; ayat ini menggesa supaya membersihkan jiwa dan menyempurnakan diri sendiri agar seseorang itu mampu untuk memperbaiki orang lain pula. Ayat ini tidak menegah orang fasiq daripada memberi nasihat kepada orang lain, kerana jika seseorang gagal menyempurnakan salah satu daripada dua kewajipan tersebut, tidak semestinya dia perlu melepaskan atau mengabaikan kedua-dua tanggungjawab dan kewajipan tersebut.

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan ayat ini dengan hadis:- Maksudnya: Seorang didatangkan pada hari qiamat lalu dihumban ke dalam neraka maka terburailah segala isi perutnya, kemudian diputarkan sepertimana keldai mengelilingi pengisar air. Melihat keadaan ini ahli neraka berhimpun padanya dan mereka berkata: Wahai fulan! Tidakkah engkau mengerjakan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Orang itu menjawab: Ya, sememangnya dahulu aku menyuruh perkara ma`ruf tetapi aku tidak melakukannya dan aku menegah kemungkaran tetapi aku melakukannya. (Riwayat Bukhoriy)

Hadis ini memaparkan balasan yang lebih dahsyat bagi mereka yang mengetahui perkara yang ma`ruf dan kemungkaran, dan ia juga mengetahui tentang wajibnya melaksanakan tugasan ini (tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar) berbanding orang yang tidak mengetahui. Ini kerana mereka seolah-olah memperkecil- kecilkan hal-hal yang diharamkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, dan memperlekehkan hukum-hakam. Mereka adalah orang yang tidak mengambil manfaat daripada ilmunya.

Bersabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Manusia yang menanggung azab yang paling pedih pada hari qiamat ialah orang yang mengetahui tetapi tidak mengambil manfa`at dengan ilmunya.
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah)

Berkaitan dengan perkara di atas, al-Imam al-Qurtubiy mengemukakan pandangannya: Ketahuilah – semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberi taufik kepada kamu – bahawasanya celaan di dalam ayat di atas adalah berpunca daripada meninggalkan perbuatan baik bukan kerana menjalankan tugas menyeru melakukan kebaikan. Kerana itulah, Allah ‘Azza Wa Jalla mencela mereka sepanjang zaman hingga hari qiamat.

Firman Allah SWT: Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (kejahatan), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (al-Maidah, 79)

Antara lain, ayat ini menegaskan bahawa seseorang melakukan kejahatan juga dituntut supaya mencegah orang lain melakukan kejahatan. Sememangnya ia telah berdosa dengan melakukan kejahatan. Dosanya akan bertambah jika tidak melarang orang lain kejahatan. Sebagai contoh seorang yang minum arak mestilah juga berusaha menegah rakannya yang meminum arak.

 
 
Hasan Nazam
http://jailurrashie d.blogspot. com/
Perundangan Islam
http://perundangani slam.blogspot. com/
300 Hadis Bimbingan
http://www.geocitie s.com/jailurrasy id/buku.htm
Risalah Munajat

http://www.geocitie s.com/jailur_ rashied/risalahm unajat.htm

Leave a comment »