INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH??????????

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kit a sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kit a membuat pengislahan dalam diri kit a agar kit a tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu’alam…

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

Sebenarnya isu nie tak sahih. Sebab dari pengertian saya yang dimaksud kan tatu adalah membuat gambar dengan mengunakan tusukan pada kulit yang mengunakan jenis jenis dakwat tertentu dan ia bersifat kekal. sedangkan inai bukanlah ditusuk pada kulit tapi hanya sekadar lakaran pada permukaan kulit. dan satu lagi pemakaian inai tidak haram dalam agama islam. dan kalau haram pun munkin disebabkan gambar gambar tertentu yang dilukis. Contoh.. gambar hidupan selain dari tumbuhan..

ps: kalau saya tersilap minta betulkan ya.. sebab saya menulis mengikut fahaman saya dalam islam.

6 Respons so far »

  1. 1

    kak e said,

    Salam… kak e mengintai tajuk2 n3 di sini dan terpandang beberapa n3 yang tidak boleh dibiarkan tanpa membacanya 😉 dan n3 ini amat memanggil sebab kak e di antara mereka yang suka melakar inai di tangan (tak lama pun akan terhapus…)

    * kak e tidak ada ilmu mendalam dalam bidang agama islam namun dengan pengetahuan yang cetek kak e juga bersetuju dengan pandangan alhaddads 🙂

  2. 2

    wanidah said,

    saya setuju dengan pandangan Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz..sungguhpun inai itu boleh hilang atau tidak berbentuk kekal tapi sedikit banyak ia boleh menyamai tatu dan mungkin juga hampir menyamai budaya hindu..ada ketika orang buat sesuatu itu ada sekadar ikut-ikutan tanpa memahaminya terlebih dahulu..apa kepentingannya dan apa kesannya..kepada kak e kalau nak pakai inai, pakailah di hujung jari…wallahhualam…

  3. 3

    anita said,

    salam..pakai inai dan bercelak kan dapat pahala..lgipun bukan agama hindu sahaja yg guna inai berukir..orang arab,hawaii, and polisinia pun guna..anyway, tq sbb britau..lagipun nak perdebatkan prkara ni nanti prkara yg lbih pntg kta tggalkan..

  4. 4

    Ikhwan(Qs) said,

    Yang haram bukanlah inai tetapi cara penggunaan inai itu.Inai secara mengukir adalah haram.Hadit yang dinyatakan adalah sahih.Jika mengukir guna pen ke atau marke pen kat badan pun haram.Itu berdasarkan pengajian.

    ” bukan agama hindu sahaja yg guna inai berukir..orang arab,hawaii, and polisinia pun guna.. ” ?Maaf fikah bukanlah ditakrif menggunakan akal tetapi ia memerlukan suatu kepakaran di bidang dalil dan sains (sunnah kehidupan).

    Inai secara berukir menjadi haram bukanlah semata2 kerana asalnya tetapi menjadi haram juga berdasarkan dalil.

  5. 5

    pops said,

    bg seorang pemakai (berilmu atau tidak), pasti menyokong apa/siapa saja yg mengatakan ia boleh dipakai hatta dah berhadis dah berujuk pada ilmuwan.

    perkara ni Ustaz Abu Hassan dah declare kat rancangan Tanyalah Ustaz kat tv, klu x sahih jugak xtau la, jgn suka gunapakai ayat2 Quran dan hadis tertentu mengikut kesesuaian diri, mana yg hukumnya strict letak tepi.

  6. 6

    aisya89 said,

    bagi saya ,saya setuju dgn admin..inai bukan asal dr budaya hindu.budaya hindu jugaserba sedikit terpengaruh dgn budaya arab islam..melakar inai pada sy tdk tergolong benda2 haram,asalkan tdk berbentuk ciri2 yg haram sperti, haiwan atau agama lain..ianya,kalu ambil air sembahyang sah kan? juga bukan tabaruj..lainlah sampai ke siku..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: