Wanita Mengumpat Sukar Di kapan

> Wanita Mengumpat Sukar Di kapan
>
> P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah, jadikan ia sebagai
> pengajaran.
>
> Wanita Mengumpat Sukar DI kapan
>
> Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya
> tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang
> benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an
> itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak
> di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang
> saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan
> tinggi dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak
> lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk
> mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada
> mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
>
> Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
> tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
> mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
> berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di
> beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
> umurnya sekitar 60-an.
>
> Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
> kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
> kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung
> kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
> bantuan adik saya, Rafeah.
>
> Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya
> agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek
> makin banyak yang keluar.
>
> “Eh, ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
> sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
> minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
> memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.
> Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
> sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila
> mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam
> mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu
> jari sahaja.
>
> “Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik
> saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
> kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan
> bertanya-tanya di mana silapnya.
>
> Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
> sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
> bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
> tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
> mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
> dan mendapatinya cukup 24 ela.
>
> Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
> kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
> berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu
> itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
> sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
> Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
>
> Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
> saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan
> tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian
> masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja
> yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri
> rahmat di atas rohnya.
>
> Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa
> itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat
> arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya
> sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi
> untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti
> membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh
> menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup
> bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya
> terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum
> mengikatnya kemas-kemas.
>
> Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
> kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
> saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja
> pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
> bingung.
>
> Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
> yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.
> Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak
> cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.
> Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.
> Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha
> Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.
> Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu
> rupa?
>
> Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
> Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
> cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
> Masing-masing menghembus nafas lega.
>
> Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
> tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat
> dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai
> yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak
> kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain
> itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
>
> Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
> kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama
> seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
> bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
> Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
> berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
> ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
> Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
> hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
>
> Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai
> tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan
> itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar
> membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan
> keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku
> menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih
> hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.
> Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh
> berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah
> kira-kira sebulan kemudian.
>
> Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca
> kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
> petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
> besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
> saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
> badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
> tetapi tiada sebarang kesan najis.
>
> “Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
> kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan
> sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
> Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu
> hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
>
> kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
> Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
> besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
> 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
> mengapan jenazah disembayangkan.
>
> Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
> pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke
> tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
> sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
> Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
>
> Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai
> seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong
> orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza
> dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau
> mencaci tetapi itulah hakikatnya.
>
> Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan
> agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah
> selamt didunia dan akhirat.

kiriman: “Zalimah Binti Hj Harun”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: