Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa

Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim).
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya” .

Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.Antaranya ialah:
– Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

– Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

– Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.
Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.
Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.
Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.
Orang yang mengumpat bukan saja melambangkan keburukan si pelaku, malah orang yang mendengar juga turut mendapat saham yang sama. Kejadian manusia dari tanah, air, angin dan api. Jika kita bersifat tanah kita akan tenang dalam jiwa yang luhur. Orang yang alim sentiasa sujud hampir dengan tanah apabila bersujud.

Jika kita bersifat air, kita juga harus bersifat tenang dan sabar. Jika kita bersifat angin pasti perasaan cepat marah tetapi segera reda, sekejap peramah dan sekejap lebih suka membisu.
Kita juga mungkin bersifat api, suka marah-marah, bertengkar dan berhujah. Kesukaan mengumpat ini sudah tentu datangnya dari empat unsur kejadian yang tidak cuba diseimbangkan oleh diri kita sendiri.
Jika diikat dengan kuat keempat-empat unsur tersebut, maka kita akan mendapat kekuatan dalaman yang memungkinkan kita berpendirian tegas, berprinsip, berani, jujur dan ikhlas.
Waallahua’alam. …
*********
Notes:
….hurmm… pada pandangan peribadi sy….
manusia tu akan control rasa “nak mengumpat” jika dia sentiasa ………
bersikap terbuka. sbb ia akan menjadikan minda kita lebih positif dgn tidak membuat sbrg spekulasi buruk menggunakan emosi semata2…so, no point utk mengumpat… .
tetapkan dlm diri utk menghormati hak orang lain,ia akan membuatkan orang akan hormat pada pandangan & hak kita…so that, we’ll be honest & flexible to other people…
dan yg penting skali…sentiasa ingat pesan Nabi, “lebih baik diam dari berkata yg sia2″….tak ade manusia yg perfect dlm dunia ni…
kiriman: “smart gurl”

2 Respons so far »

  1. 1

    biarkan... said,

    Subhanallah…

  2. 2

    aisya89 said,

    mohon bertanya..saya ada seorg lect ni, yg mengajarkan kami seperti ilmu itu lebih penting dari segala2..misalnya, dia xkesah jika kami sakit atau saudara kami mati, yg penting kerja siap..kata2 nya juga kesat..dia juga riak dgn ilmunya sb dia seorg yg hebat dikalangan ahli pensyarah…phdnya di buat di amerika, mostly student dia juga berjaya..tetapi dia mengajar dgn cara ditektor..even kalau perlu tinggal solat atau makan pun dia xpeduli..ramai suke mengumpatnya kerna sikapnya, dan dia tahu tetapi xpeduli..adakah org mcm ini pahalanya berlipat ganda semasa pengadilan,sedangkn dia tahu apa yg mengumpat ini adalah dosa dia..


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: