Archive for Februari 1, 2008

Wanita Mengumpat Sukar Di kapan

> Wanita Mengumpat Sukar Di kapan
>
> P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat melatah, jadikan ia sebagai
> pengajaran.
>
> Wanita Mengumpat Sukar DI kapan
>
> Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya
> tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang
> benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an
> itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak
> di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang
> saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan
> tinggi dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak
> lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk
> mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada
> mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
>
> Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
> tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
> mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
> berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di
> beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua,
> umurnya sekitar 60-an.
>
> Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
> kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
> kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung
> kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
> bantuan adik saya, Rafeah.
>
> Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya
> agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek
> makin banyak yang keluar.
>
> “Eh, ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
> sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
> minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
> memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.
> Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
> sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila
> mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam
> mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu
> jari sahaja.
>
> “Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik
> saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
> kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan
> bertanya-tanya di mana silapnya.
>
> Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
> sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
> bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
> tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
> mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
> dan mendapatinya cukup 24 ela.
>
> Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
> kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
> berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu
> itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
> sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
> Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
>
> Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
> saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan
> tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian
> masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja
> yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri
> rahmat di atas rohnya.
>
> Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa
> itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat
> arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya
> sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi
> untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti
> membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh
> menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup
> bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya
> terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum
> mengikatnya kemas-kemas.
>
> Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
> kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
> saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja
> pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
> bingung.
>
> Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
> yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.
> Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak
> cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.
> Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.
> Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha
> Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.
> Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu
> rupa?
>
> Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
> Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
> cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
> Masing-masing menghembus nafas lega.
>
> Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
> tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat
> dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai
> yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak
> kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain
> itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
>
> Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
> kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama
> seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
> bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
> Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
> berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
> ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
> Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
> hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
>
> Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai
> tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan
> itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar
> membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan
> keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku
> menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih
> hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.
> Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh
> berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah
> kira-kira sebulan kemudian.
>
> Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca
> kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
> petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
> besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
> saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
> badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
> tetapi tiada sebarang kesan najis.
>
> “Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
> kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan
> sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
> Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu
> hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
>
> kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
> Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
> besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
> 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
> mengapan jenazah disembayangkan.
>
> Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
> pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke
> tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
> sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
> Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
>
> Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai
> seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong
> orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza
> dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau
> mencaci tetapi itulah hakikatnya.
>
> Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan
> agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah
> selamt didunia dan akhirat.

kiriman: “Zalimah Binti Hj Harun”

Leave a comment »

Kerana sebiji epal

Di sebuah pekan kecil bernama Syam, tinggal seorang pemuda bernama
mat salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu
hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di
tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg
dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg
sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai
itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa
beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu mat
salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak
sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di
tepi sungai tersebut. Yakinlah mat salleh bahawa inilah pohon yg
dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat mat salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji
epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa mat salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik
pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh
Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan mat salleh
lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh
bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal mat salleh
pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi mat salleh berjumpa dgn
Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd
mat salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan mat salleh seandainya
beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta,
tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di
kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh
Abdullah, mat salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh
Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, mat salleh masuk ke kamar tidur dan
memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada
di dalam bilik itu, mat salleh segera beredar menuju ke tempat
Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh
masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan
berkata:

“Wahai mat salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku
katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke
tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak
pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah mat salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp
sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama
Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn
gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

kiriman:chipmunk_malaysia”

Leave a comment »

KENAPA NAFSU DEGIL

KENAPA NAFSU DEGIL

Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah
s.w.t. telah berfirman yan bermaksud, “Wahai akal! mengadaplah engkau.
Aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?” Lalu akal
pun menjawab, “Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah
hambaMu yang lemah.” Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang
mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga
kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap. Allah berfirman
padanya, “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”

Jawab nafsu, “Engkau adalah Engkau, aku adalah aku.” Allah lalu
menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya
semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, “Siapakah engkau dan siapakah
Aku?” Jawab nafsu, “Aku adalah aku, engakau adalah engkau.” Allah lalu
memasukkannya kedalam neraka juu’ pula selama 100 tahun kemudian
mengeluarkannya untuk disoal. Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat
dirinya, katanya, “Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah
Tuhanku yang Maha Kaya.” Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan
dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu
yang jahat.

“Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah
kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang
menyenangkan) di akhirat.” (Al Baqarah : Ayat 200)

“Dan di antara mereka ada yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berikanlah kami
kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa
neraka.” (Al Baqarah : Ayat 201)

Waallahhualam


Be happy and cheerful always…..
–~–~—— —~–~– –~—— ——~– —–~–~ —-~

kiriman: “Khalifah”

Leave a comment »

KEHIDUPAN YG SEMEMANGNYA BENAR DAN NYATA

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama
Sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
Sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.

kiriman:”anis aida”

Leave a comment »

Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa

Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim).
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya” .

Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.Antaranya ialah:
– Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

– Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

– Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.
Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.
Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.
Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.
Orang yang mengumpat bukan saja melambangkan keburukan si pelaku, malah orang yang mendengar juga turut mendapat saham yang sama. Kejadian manusia dari tanah, air, angin dan api. Jika kita bersifat tanah kita akan tenang dalam jiwa yang luhur. Orang yang alim sentiasa sujud hampir dengan tanah apabila bersujud.

Jika kita bersifat air, kita juga harus bersifat tenang dan sabar. Jika kita bersifat angin pasti perasaan cepat marah tetapi segera reda, sekejap peramah dan sekejap lebih suka membisu.
Kita juga mungkin bersifat api, suka marah-marah, bertengkar dan berhujah. Kesukaan mengumpat ini sudah tentu datangnya dari empat unsur kejadian yang tidak cuba diseimbangkan oleh diri kita sendiri.
Jika diikat dengan kuat keempat-empat unsur tersebut, maka kita akan mendapat kekuatan dalaman yang memungkinkan kita berpendirian tegas, berprinsip, berani, jujur dan ikhlas.
Waallahua’alam. …
*********
Notes:
….hurmm… pada pandangan peribadi sy….
manusia tu akan control rasa “nak mengumpat” jika dia sentiasa ………
bersikap terbuka. sbb ia akan menjadikan minda kita lebih positif dgn tidak membuat sbrg spekulasi buruk menggunakan emosi semata2…so, no point utk mengumpat… .
tetapkan dlm diri utk menghormati hak orang lain,ia akan membuatkan orang akan hormat pada pandangan & hak kita…so that, we’ll be honest & flexible to other people…
dan yg penting skali…sentiasa ingat pesan Nabi, “lebih baik diam dari berkata yg sia2″….tak ade manusia yg perfect dlm dunia ni…
kiriman: “smart gurl”

Comments (2) »