SURAH AT-TAKWIR/ S.81/ J.30/A. 1-11

SURAH AT-TAKWIR/ S.81/ J.30/A. 1-11

Posted on Friday, January 25 @ 09:16:06 MYT by SongkokPutih
Bicara Agama Oleh tinta_kaseh

Menurut asy-Syihab, pertanyaan dihadapkan kepada yang teraniaya, dihadapan orang yang menganiaya; supaya lebih terasa berat dan besarnya dosa yang telah diperbuatnya.

Menurut as-Sayuti: Ayat-ayat ini menggambarkan betapa nian berat dosanya menguburkan anak perempuan hidup-hidup itu.

Dalam ertikata lain, betapa besarnya juga dosa orang yang menghukum mereka yang tidak bersalah…. …

(Ayat1) Apabila matahari dibungkus serta dihapuskan cahayanya.

(Ayat 2) Dan apabila bintang-bintang berguguran dari tempatnya dan bertaburan.

(Ayat 3) Dan apabila gunung itu bergerak dari tempatnya dan meluncur di udara sehingga jadi seperti debu, sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala:

و يوم نسير الجبال و ترى الأرض بارزة


(Ayat 4) Dan apabila unta betina yang mengandung, dilepaskan tanpa dijaga dan tanpa dituntut.

Dikhususkan dengan sebutan unta betina kerana ianya adalah semulia-mulia harta orang Arab.

(Ayat 5) Dan apabila binatang liar dihimpunkan dari sarang atau lubang mereka, tercengang dari kesangatan takut.

(Ayat 6) Dan apabila lautan menyalakan api, maka jadilah terang benderang dan bernyala-nyala.

(Ayat 7) Dan apabila diri manusia dipasangkan dengan yang menyerupainya.

Maka dipasangkan sijahat dengan yang jahat dan orang yang baik dengan yang baik juga. Berkata at-Tobari: Dipasangkan lelaki yang soleh dengan yang soleh di dalam syurga; dan lelaki yang jahat dipasangkan dengan yang jahat di dalam neraka. Dr Hamka: Jasmani, dipasangkan dengan ruhnya kembali”.

(Ayat 8 & 9) Dan anak perempuan yang ditanamkan dalam keadaan dia hidup, ditanya untuk menempelak sipembunuhnya; “Apakah dosa kamu sehingga kamu dibunuh?”.

Disebutkan di dalam kitab Tashil: `الموئدة’ adalah anak perempuan yang adalah sesetengah orang Arab menanamnya kerana benci kepadanya.

Menurut asy-Syihab, pertanyaan dihadapkan kepada yang teraniaya, dihadapan orang yang menganiaya; supaya lebih terasa berat dan besarnya dosa yang telah diperbuatnya.

Menurut as-Sayuti: Ayat-ayat ini menggambarkan betapa nian berat dosanya menguburkan anak perempuan hidup-hidup itu.

Dalam ertikata lain, betapa besarnya juga dosa orang yang menghukum mereka yang tidak bersalah.

Ad-Darimi meriwayatkan di dalam masnadnya bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang menghadap Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, menceritakan betapa dahsyat perbuatannya. Katanya: “Ya Rasulullah! Di zaman jahiliyyah kami ini penyembah berhala dan sampai sanggup kami membunuh anak kami. Aku sendiri mempunyai anak perempuan. Setelah ia mula menjadi gadis kecil, dia jenis gembira dan lucu, suka sekali bila kupanggil. Suatu hari dia ku panggil, dia pun datang. Aku bawa, dia pun menurut. Lalu aku bawa kepada sebuah sumur tua kepunyaan kami yang tidak begitu jauh dari kediaman kami. Lalu aku bawa dia ke pinggir sumur itu, untuk melihat ke dalamnya. Setelah kepalanya terjulur ke dalam, terus aku angkat kedua kakinya dan aku lemparkan dia ke dalam. Ketika dia akan aku tinggalkan masih kedengaran dia memanggol: “Ayah! Ayah! ”.

Tanpa disedari, menitik air mata Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Lalu berkatalah salah seorang yang duduk dalam majlis itu: “Sudahlah! Engkau telah membuat Rasulullah sallahu alaihi wasallaam bersedih hati!”. Lalu Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda: Biarkan dia! Dia menceritakan hal itu adalah kerana tekanan batinya”.

Lalu Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda kepada orang itu pula: “Lanjutkanlah ceritamu itu”. Maka orang itu pun melanjutkan ceritanya kembali dan Rasulullah sallahu alaihi wasallam pun kembali pula dengan tidak disedari menitikkan airmata lebih banyak dari yang tadi. Orang itu pun nampak sekali sedihnya sedang bercerita itu, ternyatalah pada wajahnya penyesalan yang tiada terperikan”.

Maka bersabdalah Rasulullah sallahu alaihi wasallam: “Allah telah menghabiskan dosa-dosa di zaman jahiliyyah itu dengan masukmu ke dalam Islam. Perbanyakkanlah amalmu yang baik, moga-moga dosamu diampuni”.

Orang lain pula yang datang kepada Rasulullah sallahu alahi wasallam, mengeluhkan dosa yang serupa itu dizaman jahiliyyah disuruh menggantikan dengan memerdekakan seorang hamba abdi, kerana orang itu kaya.

Tetapi ada juga di zaman jahiliyyah itu orang yang tidak menyukai dan sangat benci kepada kebiasaan yang sangat buruk itu. Di antaranya adalah Sha’sa’ah bin Najiyah. Dia akan menebus gadis-gadis kecil itu dengan hartanya, hinggakan beratus gadis-gadis kecil yang dipeliharanya.

(Ayat 10) Dan apabila lembaran amalan kita dibentangkan ketika waktu hisab.

(Ayat 11) Dan apabila langit dicabut dari tempatnya, sebagaimana tercabutnya kulit dari kambing.

(…akan bersambung, insya Allah…)

Dijemput ke:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: