Lewat mengqadha’ puasa dan fidyah

Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:

“..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin..”
(al-Baqarah: 184)

*Hukum fidyah:
Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah taala di atas.

*Jumlah fidyah yang wajib dibayar
Jumhur ulamak mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak sau cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.

*Sebab-sebab Fidyah:
1. Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdaya mengerjakan puasa, adalah wajib membayar fidyah. Seperti orang tua yang lemah dan sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Selain dari ayat al-Quran di atas, Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu rukhsah (keringan) dari ALlah Taala.

2. Para ulamak juga bersepakat mengatakan bahawa orang yang menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh juga diwajibkan membayar fidyah. Dia tidak lagi diwajibkan berpuasa. Dasarnya ialah firman Allah Taala:
“..Dan Ia tidak menjadikan kamu menganggung sesuatu keberatan dan susah oayah dalam perkara agama..”

(Al-Hajj: 78)
3. Bagi perempuan yang hamil atau menyusukan anak yang bimbangkan keselamatan anaknya, dia dibenarkan berbuka. Juga diwajibkan mengqadha’ puasanya itu. Dan.. Menurut jumhur ulamak, dia juga diwajibkan membayar fidyah untuk setiap puasa yang ditinggalkannya. Ulamak Hanafi berpendapat sebaliknya, di mana perempuan di atas tidak perlu fiidyah.
Masalah: Jika khuatirkan keselamatan diri sendiri.
Dalam masalah ini, hanya wajib qadha’ sahaja, tidak fidyah. Inilah pendapat semua ulamak. Dalilnya ialah ayat al-Quran di atas.
4. Mereka yang lewat mengqadha’kan puasa Ramadhan, sehingga datang Ramadhan berikutnya juga diwajibkan fidyah. Ini adalah pendapat Jumhur ulamak. Sedangkan Hanafi, tidak berpendapat begitu. Mereka berpendapat tidak perlu fidyah.
Dan jika kelewatan qadhak puasa itu kerana uzur, tidak wajib fidyah.
Masalah: Apakah fidyah bertambah dengan pertambahan tahun?
Menurut pendapat Ashah (terkuat) Syafi’i, ya bertambah dengan pertambahan tahun.
Alasan mereka ialah, kewajipan yang berbentuk harta tidak boleh disekalikan (jamak/himpunkan sekaligus).
Maliki dan Hanbali berpendapat tidak berganda dengan pertambahan tahun.
Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.
———— –
Masalah: Kelewatan qadha’ puasa hingga datang Ramadhan berikutnya – Fatwa al-Qardhawi
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan
mengqadha’ puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang
ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit.
Katanya, inilah mazhab Syafi’i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat.
Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. Namun qadhak tetap wajib
dilaksanakan.
Masalah: Pendapat yang perlu diikut
Al-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik,
tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya.
Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w.
Saya berpendapat, kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi’i,
iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha’ puasa.
Masalah: Ragu-ragu tentang jumlah puasa yang ditinggalkan
Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya.
Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanya
serta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak.
Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran.
Maka, secara ringkasnya :
1.Qadha sahaja atau disertakan fidyah.
Pendapat yg kuat ialah tidak perlu fidyah, memadai qadha sahaja. (Qardhawi, fatawa mu’asirat; dan Dr Syurbasyi, Yas-aluunak)
2.Fiqh Syafi’iy menetapkan:
Wajib qadha sahaja jika ada alasan kukuh kenapa ia tidak dapat dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yg baru.
Ia dikenakan penalti fidyah (bg setiap hari yg ditinggalkan) sebagai denda tambahan qadha’ jika ia sengaja melengah-lengahkan qadha tanpa sebarang alasan syar’iy.
*Fiqh Tarjeeh atau tahqeeq (penilaian semula), misalnya Dr Qardhawi, (Fatawa Mu’asirat), penalti fidyah itu tiada dalil syara’ bahkan lebih kpd hanya ijtihad fuqaha’ sahaja dan memadai dgn qadha’ sahaja. Terpulanglah untuk kekal berpegang dgn fiqh Syafi’iy atau berpindah kepada fiqh tarjeeh. WaLlahu a’alam
Rujukan:
Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-Syarbini
Bujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-Bujairimi
I’anah al-Thalibin, vol 2, al-Syatha
Fatawa Muashirah, vol 1, al-Qardhawi
Bidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd
Disusun-semula dari Al-Ahkam.net

4 Respons so far »

  1. 1

    azlina said,

    assalamualaikum.
    saya nak tanya,saya pernh tidak menganti puasa, dan sampai sekarng saya tidak membayar fidyah, tapi saya dah lupa tarikh yang saya tidak menganti mungkin 2tahun atau 3thn yang lepas memg say tak ingat.jadi bagaimana untuk saya membayar fidyah dan mengganti puasa.boleh ke kita buat anggaran cthnya saya tak membayar fidyah 2tahun tp sebernya dah 3 tahun saya tak membayar bagaimana.saya memang dah ltak ingat.

  2. 2

    […] Disusun semula; sumber diperolehi daripada alhaddads2.wordpress.com […]

  3. 3

    konpius said,

    salam,

    saya tgh kompius nih,macam mana ye kalau sorang tuh puasa qadha’ tapi dia buka lebih kurang pukul 12 tghari?kata kawan saya berdosa,sama dosanya macam tinggalkan pusa ramdhan dgn sengaja.

  4. 4

    aishah said,

    salam
    nk tny,tahun lps sy tak cukup puasa ramadhan sbb mgandung dn muntah teruk hingga mjejaskn ksihatan sy..jd sy tidak bpuasa slama 8hari..pd tahun ini, sy masih blum mgnti puasa kerana sy myusukn penuh ank sy brusia 4bln…sy tahu boleh utk tidak megqada’ puasa tetapi hndklah mbyr fidyah…masalahnya, sy dn suami tidak mampu mbyr fidyah trsebut pd thn ini krn sy msh blm bkrja sdgkn suami msh blajar…blhkah sy mnagguhkn mbyr fidyah n mgnti pd thn hadapan?

    sekian
    terima kasih


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada aishah Batal balasan