Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:
Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah taala di atas.
Jumhur ulamak mengatakan bahawa fidyah adalah sebanyak sau cupak makanan asasi di negeri tempatnya tinggal, untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan.
1. Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang tidak berdaya mengerjakan puasa, adalah wajib membayar fidyah. Seperti orang tua yang lemah dan sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Selain dari ayat al-Quran di atas, Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa perkara ini adalah satu rukhsah (keringan) dari ALlah Taala.
“..Dan Ia tidak menjadikan kamu menganggung sesuatu keberatan dan susah oayah dalam perkara agama..”
Dalam masalah ini, hanya wajib qadha’ sahaja, tidak fidyah. Inilah pendapat semua ulamak. Dalilnya ialah ayat al-Quran di atas.
Menurut pendapat Ashah (terkuat) Syafi’i, ya bertambah dengan pertambahan tahun.
Mereka menyamakannya dengan hukuman hudud yang dikenakan sekaligus.
Masalah: Kelewatan qadha’ puasa hingga datang Ramadhan berikutnya – Fatwa al-Qardhawi
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan
mengqadha’ puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang
ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit.
Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. Namun qadhak tetap wajib
dilaksanakan.
Al-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik,
tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya.
Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w.
iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha’ puasa.
Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya.
Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanya
serta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak.
Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran.
Pendapat yg kuat ialah tidak perlu fidyah, memadai qadha sahaja. (Qardhawi, fatawa mu’asirat; dan Dr Syurbasyi, Yas-aluunak)
Wajib qadha sahaja jika ada alasan kukuh kenapa ia tidak dapat dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yg baru.
Ia dikenakan penalti fidyah (bg setiap hari yg ditinggalkan) sebagai denda tambahan qadha’ jika ia sengaja melengah-lengahkan qadha tanpa sebarang alasan syar’iy. *Fiqh Tarjeeh atau tahqeeq (penilaian semula), misalnya Dr Qardhawi, (Fatawa Mu’asirat), penalti fidyah itu tiada dalil syara’ bahkan lebih kpd hanya ijtihad fuqaha’ sahaja dan memadai dgn qadha’ sahaja. Terpulanglah untuk kekal berpegang dgn fiqh Syafi’iy atau berpindah kepada fiqh tarjeeh. WaLlahu a’alam
Mughnil Muhtaj, vol. 1, al-Khatib al-Syarbini
Bujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-Bujairimi
I’anah al-Thalibin, vol 2, al-Syatha
Fatawa Muashirah, vol 1, al-Qardhawi
Bidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd