Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kit a sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.
Marilah kit a membuat pengislahan dalam diri kit a agar kit a tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu’alam…
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .
Sebenarnya isu nie tak sahih. Sebab dari pengertian saya yang dimaksud kan tatu adalah membuat gambar dengan mengunakan tusukan pada kulit yang mengunakan jenis jenis dakwat tertentu dan ia bersifat kekal. sedangkan inai bukanlah ditusuk pada kulit tapi hanya sekadar lakaran pada permukaan kulit. dan satu lagi pemakaian inai tidak haram dalam agama islam. dan kalau haram pun munkin disebabkan gambar gambar tertentu yang dilukis. Contoh.. gambar hidupan selain dari tumbuhan..
ps: kalau saya tersilap minta betulkan ya.. sebab saya menulis mengikut fahaman saya dalam islam.



kak e berkata,
Mei 2, 2008 @ 9:04 am
Salam… kak e mengintai tajuk2 n3 di sini dan terpandang beberapa n3 yang tidak boleh dibiarkan tanpa membacanya
dan n3 ini amat memanggil sebab kak e di antara mereka yang suka melakar inai di tangan (tak lama pun akan terhapus…)
* kak e tidak ada ilmu mendalam dalam bidang agama islam namun dengan pengetahuan yang cetek kak e juga bersetuju dengan pandangan alhaddads
wanidah berkata,
Januari 21, 2009 @ 5:17 pm
saya setuju dengan pandangan Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz..sungguhpun inai itu boleh hilang atau tidak berbentuk kekal tapi sedikit banyak ia boleh menyamai tatu dan mungkin juga hampir menyamai budaya hindu..ada ketika orang buat sesuatu itu ada sekadar ikut-ikutan tanpa memahaminya terlebih dahulu..apa kepentingannya dan apa kesannya..kepada kak e kalau nak pakai inai, pakailah di hujung jari…wallahhualam…
anita berkata,
Ogos 31, 2009 @ 10:48 am
salam..pakai inai dan bercelak kan dapat pahala..lgipun bukan agama hindu sahaja yg guna inai berukir..orang arab,hawaii, and polisinia pun guna..anyway, tq sbb britau..lagipun nak perdebatkan prkara ni nanti prkara yg lbih pntg kta tggalkan..